“Sumbangan anda antara lain akan digunakan untuk menghasilkan kertas kajian seperti mana di bawah.”

Krisis  Beras – 10 September 2023

1. Punca Kekurangan Bekalan dan Kenaikan Harga

1. a) Penurunan Jumlah Pengeluaran

Pada tahun ini berlaku fenomena EL-Nino yang telah memberi dampak buruk kepada pengeluaran beras terutamanya di negara-negara Asia Pacific. Fenomena ini dijangkakan akan berlanjutan sehingga tahun 2024.

Sumber : Rice Production and Food Security in Southeast Asia under Threat from El Niño, https://www.iseas.edu.sg/wp-content/uploads/2023/06/ISEAS_Perspective_2023_53.pdf
Pengeluaran beras pada tahun 2022/23 jatuh kepada 517.5 juta tan berbanding 526 juta tan pada tahun sebelumnya, penurunan pengeluaran sebanyak 8.5 juta tan. Sementara itu penggunaan beras pada 2022/23 berjumlah 520.6 juta tan, lebih tinggi dari jumlah pengeluaran beras dunia. Jumlah beras yang diperdagangkan dalam pasaran beras dunia turut berkurangan dari 55.9 juta tan pada tahun 2021/22 kepada 52.4 juta tan pada tahun 2022/23.

Faktor ini menjadi pencetus kepada kekurangan beras dalam pasaran yang menjadi pencetus kepada kenaikan harga.

Sungguhpun jumlah pengeluaran beras berada di bawah tahap penggunaan tetapi dengan mengambil kira stockpile beras yang ada, jumlah ‘total supply’ beras pada 2022/23 adalah sebanyak 714.6 juta tan. Namun begitu bukan semua negara terutama negara pengimport beras ada akses kepada stok penimbal (buffer stock) yang mencukupi. Dengan fenomena El Nino yang mungkin dikhuatiri berpanjangan, berkemungkinan tidak banyak stok bertas akan dilepaskan untuk menampung keperluan permintaan dalam pasaran.

1. b) Pengharaman Eksport oleh India

Faktor utama yang melonjakkan harga beras di pasaran sehingga mencapai paras tertinggi dalam tempoh 15 tahun adalah berpunca dari pengharaman eksport Beras Putih Indika oleh India. Pengharaman ini menyebabkan 10 juta tan beras berkurang dalam pasaran beras dunia.

Sumber : Thailand’s Rice Exports Surge 11.9% Amidst Global Shortage Concerns – Thailand Business News (thailand-business-news.com), https://www.thailand-business-news.com/markets/commodities/99586-thailands-riceexports- surge-11-9-amidst-global-shortage-concerns
Menurut FAO (Food and Agricultural Organisation of the United Nations), oleh kerana harga Beras Putih Indika (yang dikeluarkan oleh negara lain selain India) dalam pasaran dijangkakan akan terus meningkat, ini telah 1) menyebabkan pemain-pemain industri (pengimport) cuba mendapatkan bekalan beras putih Indika keluaran negara lain 2) jangkaan kenaikan harga pada masa terdekat menyebabkan ada pihak pengeluar yang menahan bekalan (withhold supply) dari pasaran, melakukan hoarding dan 3) termasuklah meminta untuk renegosiasi semula kontrak yang telah dibuat.

Ini menyebabkan harga beras putih terus melonjak lebih tinggi dalam pasaran.

Sumber : FAO Rice Price Update | FAO | Food and Agriculture Organization of the United Nations, https://www.fao.org/markets-and-trade/commodities/rice/fao-rice-price-update/en/

1. c) Spekulasi Menyebabkan ‘kegagalan pasaran’.

Selain ‘physical hoarding’ , semenjak lebih 2 dekad lalu pasaran kewangan antarabangsa telah diperluas bagi membenarkan pemain dalam institusi pelaburan dan kewangan turut serta berspekulasi dalam harga komoditi makanan.

 

Menurut satu laporan yang dibentangkan kepada PBB bertajuk Briefing Note to United Nations Special Rapporteur On the Right to Food , walaupun terdapat market fundamentals yang menjadi punca kepada kenaikan harga makanan, tetapi momentum-based speculation menyebabkan kenaikan harga jauh melebihi dari paras perubahan sebenar permintaan dan penawaran sebenar. Keadaan ini diparahkan lagi apabila Institusi Kewangan dan Pelaburan Antarabangsa yang tiada kena mengena dengan industri makanan turut terlibat dalam spekulasi tersebut untuk mendapatkan keuntungan kewangan jangka pendek.

In none of these markets was there any restriction of supply or expansion in demand even remotely sufficient to explain the full extent of price increases. The reasons for such a movement were twofold. First, because it was thought that markets for food and oil would be profitable because they could not possibly dry up: people may lose interest in asset backed securitization, but they will always have to eat. Second, as mentioned earlier, a portfolio diversification practice appears to have emerged by spreading out risk in any investment portfolio by balancing out investments in securities or bonds with investments in markets that display unrelated or opposite behavior, such as food and oil.

Sumber : Briefing Note to United Nations Special Rapporteur On the Right to Food, Food Commodities Speculation and Food Price Crises, https://www.iseas.edu.sg/wp-content/uploads/2023/06/ISEAS_Perspective_2023_53.pdf

Sehingga pasaran komoditi ini diperbaiki maka jaminan bekalan import untuk menyelesaikan masalah food security lebih sesuai dilakukan di luar sistem ‘pasaran’ sedia ada.

2. Saranan

2. a) Jangka Pendek

Kerajaan Malaysia disarankan untuk berunding secara G to G dengan negara pengeluar beras seperti India, Vietnam dan Thailand bagi menjamin bekalan import beras mencukupi dengan harga import yang lebih terkawal (tidak mengalami perubahan harga secara mendadak)

Presiden Filipina telah pun membuat rundingan secara terus dengan Perdana Menteri Vietnam baru-baru ini bagi mendapatkan jaminan bekalan beras selama 5 tahun. Dengan membuat perjanjian dua hala seperti ini, volatiliti perubahan harga beras import dari Vietnam dapat dikurangkan dan peningkatan harga import beras secara mendadak dapat dielakkan.

Sumber : Vietnam to sign 5-year rice trade pact with the Philippines to ensure food security | The Straits Times,
https://www.straitstimes.com/asia/vietnam-to-sign-inter-government-rice-pact-with-philippines
Walaupun Pemerintah India melarang eksport Beras Putih Indika, tetapi India membenarkan eksport melalui permintaan daripada negara-negara pengimport untuk memenuhi keperluan food security mereka, namun perundingan perlu dilakukan melalui jalur diplomatik antara Kerajaan dengan Kerajaan (G to G).

Menggunakan kaedah ini, negara-negara seperti Nepal, Indonesia, Singapura, Mauritius, Gambia, Senegal, Bhutan dan Mali mendapat pengecualian untuk terus mengimport Beras Putih Indika dari India.

Pemerintah Indonesia sudah pun membuat berunding dengan Pemerintah India bagi mengimport 1 juta tan Beras Putih Indika.

Sumber : Indonesia trade minister agrees 1 mln T rice import deal with India – media | Reuters,
https://www.reuters.com/article/indonesia-rice-idAFL4N3880TW
Singapura, Mauritius juga mengambil langkah yang sama dengan Indonesia melalui proses perundingan G to G untuk mendapatkan pengecualian dari polisi pengharaman eksport Beras Putih Indika dari India bagi memastikan bekalan beras mencukupi.

Sumber : India to allow rice exports to Singapore | The Straits Times,
https://www.straitstimes.com/asia/india-allows-rice-exports-to-singapore-ministry

Tetapi sehingga kini kita masih belum dengar Menteri Pertanian Malaysia mahu menambahkan bekalan import beras negara melalui laluan diplomatik yang sudah beberapa bulan dibuka oleh Pemerintah India.

Source: FAO; * January-July average for 2023. [1] These restrictions were successively eased, allowing for shipments of these rice classes to be exempted from them for countries such as Nepal, Indonesia, Gambia, Senegal, Bhutan and Mali

2. b) Jangka Pertengahan

Kerajaan disarankan untuk meningkatkan jumlah buffer stock (stok penimbal) yang mencukupi bagi menghadapi masalah ketidakcukupan beras yang berlaku pada masa akan datang.

Dengan wujud stok penimbal yang mencukupi, volatiliti perubahan harga beras dapat dikurangkan dan kenaikan harga secara mendadak dapat dielakkan. Walaupun dalam situasi kenaikan harga tidak dapat dielakkan, kewujudan stok penimbal yang mencukupi dapat mengawal kadar kenaikan dengan lebih stabil.

Membuat perjanjian import jangka sederhana atau panjang dengan negara pengeluar beras

Kerajaan hendaklah mengambil contoh perjanjian perdagangan yang dibuat di antara negara Philippine untuk mengimport beras Vietnam selama 5 tahun ke hadapan.

Perjanjian seperti ini bukan sahaja memberi jaminan bekalan import dan kestabilan harga kepada Philippine, tetapi ia juga memberi jaminan permintaan kepada sebahagian pengeluaran beras Vietnam. Ini membolehkan perancangan dibuat oleh Vietnam untuk pengeluaran beras bagi 5 tahun ke hadapan.

Sumber : Vietnam to sign 5-year rice trade pact with the Philippines to ensure food security | The Straits Times,
https://www.straitstimes.com/asia/vietnam-to-sign-inter-government-rice-pact-with-philippines

Sumber : Philippines Says in Talks With Vietnam, India for Rice Imports – Bloomberg, 
https://www.bloomberg.com/news/articles/2023-08-12/philippines-says-in-talks-with-vietnam-india-for-riceimports# xj4y7vzkg

Namun begitu ke dua-dua cadangan ini merupakan non-market solution yang wajar dipertimbangkan oleh Kerajaan bagi menjamin bekalan import beras dapat dipenuhi dan dapat mengelakkan ketidaktentuan harga.

2. c) Jangka Panjang

Melakukan transformasi industri padi beras negara ke arah mencapai 100% SSL (SSL Self-Sufficiency).


Polisi Food Security bagi makan ruji rakyat seperti beras hendaklah diubah kepada Food-Sovereignty agar pesawah dalam negara kita sendiri punya keupayaan sepenuhnya bagi memastikan pengeluaran makanan asas untuk keperluan rakyat mencukupi.

Akibat fenomena El-Nino dan keadaan cuaca yang tidak menentu, pengeluaran beras pada tahun 2022/23 mengalami penurunan sebanyak 8.45 juta metrik tan berbanding tahun sebelumnya.

 

Ini menyebabkan harga beras yang diperdagangkan meningkat. Walaupun pengeluaran beras di India meningkat, tetapi India telah mengambil langkah mengharamkan eksport Beras Putih Indika untuk mengelakkan harga beras dalam parasan tempatan India turut meningkat tinggi.

 

Pengharaman ekport Beras Putih Indika oleh India telah menyebabkan pengurangan 10 juta metrik tan lagi beras dalam parasan beras dunia.

1/ Production data refer to the calendar year of the first year shown. Rice production is expressed in milled terms.


2/ Production plus opening stocks.


3/ Trade data refer to exports based on a July/June marketing season for wheat and coarse grains and on a January/December marketing season for rice (second year shown).


4/ May not equal the difference between supply and utilization due to differences in individual country marketing years.

 

5/ Major wheat exporters are Argentina, Australia, Canada, the EU, Kazakhstan, Russian Federation, Ukraine and the United States; major coarse grain exporters are Argentina, Australia, Brazil, Canada, the EU, Russian Federation, Ukraine and the United States; major rice exporters are India, Pakistan, Thailand, the United States, and Viet Nam. Disappearance is defined as domestic utilization plus exports for any given season.

 

Sumber : FAO Cereal Supply and Demand Brief | World Food Situation | Food and Agriculture Organization of the United Nations,

https://www.fao.org/worldfoodsituation/csdb/en/

 

Scroll to Top