Papa Berry

Suara lantang Papa Berry telah banyak memberi impak besar kepada masyarakat lebih-lebih lagi pasca PRU 15.

Bekas penuntut UIA ini merupakan Pempengaruh dan Aktivis isu rakyat yang aktif di pelbagai platform media sosial dengan followers melebihi 300 ribu.

Pengalaman kerjaya beliau meliputi bidang F&B dan perbankan sebelum bergelar Ahli Perniagaan.

Dalam bidang politik, beliau adalah Ahli PAS seumur hidup dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Penerangan Pemuda serta aktif bersama Jabatan Amal Malaysia. Namun kini beliau lebih banyak bergerak secara bebas.

Beliau gemar mendidik masyarakat tentang pelbagai isu dan berkongsi idea menerusi video-video yang dihasilkannya hampir setiap hari. Papa Berry juga aktif berfutsal setiap minggu.
Scroll to Top