
Anas Abdul Jalil
Anas Jalil aka Anas The Economist memegang Ijazah dalam bidang Ekonomi dengan pengkhususan dalam statistik dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana dalam Ekonomi Tenaga dari University of Surrey sebelum menjadi calon PHD dalam pengkhususan Ekonomi Petroleum & Gas Asli di Centre for Energy, Petroleum and Mineral Law and Policy, University of Dundee. Ketika menjadi calon PHD di University Of Dundee, Anas turut menjadi tutor selama 3 tahun untuk subjek-subjek berkaitan Petroleum Economics, Natural Resources Economics dan Ekonometrik bagi pelajar peringkat Sarjana di university itu.
Anas mula terlibat secara aktif dalam aktivisme ekonomi setelah berlakunya Great Financial Crisis tahun 2008 bagi mencari jawapan kepada krisis yang berlaku dan kerana terkesan melihat dampak buruk kepada sosio ekonomi masyarakat setelah itu. Anas sangat berpegang kepada prinsip Pertumbuhan dan Pembangunan Ekonomi Wajib Berpaksi Kepada Kesejahteraan Rakyat.
Setelah membantu pasukan YB Viral sejak April 2023 secara sukarela, Anas kini berkhidmat sebagai Ekonomis dan Ketua Penyelidik untuk Demi Negara.